Followers

A letter from my history teacher

Surat ini diberikan oleh Guru Sejarah yang mengajar kami pada tahun ini di Tingkatan 2 Ali. Surat ini diberikan kepada kami awal pagi tadi di sekolah. Saya dan rakan-rakan membacanya di kelas. Selepas saya membacanya, saya terus menyalin semula ayat-ayatnya. Terasa indah bila saya membacanya. 
Pasti readers pon nak tau ape isi kandungan surat ni kan? Ha... kalau nak tau, tengok bawah ni dan hayatilah ayat-ayat tersebut.. hihi..
2 Aliku Sayang

Putera-puteriku sayang,
Sembah kupohon, jari disusun
Terlanjur kata menusuk bisa
Terbidas bicara pengguris jiwa
Andai tersayat hati yang lara.
Sepintas cuma untuk si budiman
Sebagai penyuluh agar lebih
bijaksana.

Putera-puteriku sayang,
Andai kau jatuh bertatihlah semula
Andai pincang aturmu berundurlah segera
Andai jiwamu dirundung lara,
carilah pedoman di mana jua.
Andai hatimu tercabit tuba,
Pohonlah aku sebagai penawarnya.

2 Aliku sayang,
Insan digelar berguna, luhur budinya
Insan yang digelar pendorong sentiasa
membina
Insan yang sering disayangi
lembut jiwanya.
Insan berilmu tuturnya tidak sia-sia
Justeru itu, ingatlah wahai 2 Aliku sayang
Jangan kau leka dengan permainanmu
sendiri kejarlah bahagia sebelum
derita menyelubungimu dengan
nista.

Putera-puteriku sayang,
Menangislah, menangislah, menangislah
Tidak seluhur budi seindah tangismu
Inginku dengar esakan nalurimu
Titiskanlah air matamu
Titiskanlah air matamu
Sesungguhnya air suci yang mengalir
lembut di pipimu telah
melembutkan hatimu.
Inginku bicara tenang
Cuma permintaanku titipkan
setitis air matamu untuk
diriku.

Salam sayang buat 2 Aliku
Sayang.

   by:
Cik Maslina binti Mas'ud
Guru Sejarah Tingkatan 2 Ali
Jumaat, 18 November 2011
  


3 comments: