- Beriman dengan Allah iaitu mengakui, mempercayai dan meyakini bahawa Allah itu wujud serta beriman dengan rukun-rukunnya dan melaksanakan segala tuntutan-tuntutan-Nya di samping meninggalkan segala sifat atau perkara syirik terhadapnya.
- Beribadah atau mengabdikan diri, tunduk, taat dan patuh kepada Allah iaitu melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya dengan ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t.
- Sentiasa bertaubat dan sentiasa mengharap kepada Allah dalam segala usaha dan amalanny. Segala gerak-geri hidup hanyalah untuk mencapai keredhaan Allah dan bukannya mengharapkan pujian atau perhatian manusia.
- Melaksanakan segala perkara yang wajib, fardhu dan nafawil.
- Redha menerima qadak dan qadar Allah. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur dan apabila dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka menjadi baiklah baginya."
Followers
Akhlak Terhadap Allah
Antara ciri-ciri penting akhlak manusia dengan Allah s.w.t. ialah:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment