Followers

TANDA-TANDA AWAL KANSER

(1) Kanser pangkal rahim


- Sebarang lelehan atau pendarahan yg luar biasa
- Sakit selepas bersenggama dan turun berat badan


(2) Kanser payudara


- bengkak atau gumpalan di buah dada
- keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar diketiak, kedutan pada kulit di buah dada



(3) Kanser usus besar



- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan
- sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air



(4) Kanser paru-paru
- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan

(5) Kanser perut

- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit

(6) Kanser limpa

- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak

(7) Kanser ovari

- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam

(8) Kanser otak

- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personality

(9) Kanser prostat

- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan

(10) Kanser darah (leukimia)

- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection)

(11) Kanser tekak

- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher


10 PENYEBAB UTAMA KANSER 

1) Makanan
2) Tembakau
3) Alkohol4) Radiasi
5) Sinaran cahaya matahari
6) Pekerjaan
7) Pengambilan ubat
8) Pencemaran air dan udara
9) Perokok yang tidak aktif
10) Keturunan

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
2) Hindari makanan ringan yang masam
3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
5) Ambil makanan mengandungi vitamin A, C, E, B-6, dan evening primrose oil

Hidup ini penuh pancaroba ....Kiri kanan masaalah saja....
Janganlah derita kerna cinta...kerana cinta bahagia.....

Alangkah indah kita dicinta....Kerna hidup kita lebih bahagia...

BARAH OTAK

Berasal dari sel-sel otak atau dari struktur di sekelilingnya.

Bagaimanakah tumor otak ini diklasifikasikan?

Ia boleh diklasifikasikan sebagai:

1) Tumor Benigna (bukan kanser).
2) Tumor Malignan (kanser).
Terdapat 2 kategori tumor otak

1) Tumor otak primer - tumor ini berasal atau tumbuh dari otak.

2) Tumor otak sekunder (dikenali sebagai metastatik) - ia berasal atau merebak dari bahagian-bahagian badan yang lain seperti paru-paru, buah pinggang, payudara dan kulit.

Apakah faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko tumor otak?
Tidak terdapat faktor-faktor risiko yang jelas di kalangan pesakit-pesakit yang menghidap tumor otak. Dengan mengkaji beberapa kes pesakit tumor otak, didapati sesetengah jenis tumor otak lebih kerap berlaku di kalangan pekerja-pekerja kilang penapis minyak, industri-industri pembuatan bahan-bahan getah dan dadah. Ahli-ahli kimia dan para pengawet adalah antara mereka yang termasuk dalam golongan ini.


Apakah gejala-gejala tumor otak?

Tumor otak akan menimbulkan pelbagai gejala. Ia bergantung kepada bahagian mana ianya berlaku. Sakit kepala merupakan gejala tumor otak yang paling biasa. Gejala-gejala berikutnya mungkin merupakan petanda tumor kerana ia boleh meningkatkan tekanan di dalam otak:

* Sakit kepala yang teruk terutamanya di sebelah paginya berbanding dengan waktu tengah hari.

* Sakit kepala yang berterusan dan diikuti dengan loya dan muntah.

* Sakit kepala yang menjadi semakin teruk ketika batuk, bersin dan menunduk.

Perubahan tingkah laku seperti bersikap 'tidak apa', hilang ingatan, hilang tumpuan dan kekeliruan mungkin merupakan tanda-tanda tumor otak. Ini kerana setiap bahagian otak mengawal fungsi-fungsi tertentu. Jadi, apabila terdapat tumor di sesuatu bahagian maka ia akan mempengaruhi keupayaan fungsi di bahagian tersebut. Bagi sesetengah kes, jika pesakit terjatuh ia boleh mencetuskan sawan yang disebabkan oleh tumor. Pengesanan dan rawatan awal mungkin boleh meningkatkan kadar kemandirian pesakit. Jika gejala masih berterusan berjumpalah doktor pakar neurologi atau doktor pakar kanser.


Bayi yang menghidapi kanser selalunya menunjukkan gejala-gejala berikut :

* Ubun-ubun membonjol (bukaan yang tedapat pada tengkorak disebabkan oleh proses penulangan yang tidak lengkap).
* Lilitan kepala membesar.
* Tidak terdapatnya refleks merah di dalam mata.


Di kalangan kanak-kanak, gejala berikut mungkin berlaku:

* Loya dan muntah.
* Gangguan penglihatan seperti penglihatan berganda, juling, kebutaan.
* Gangguan makan.
* Sebelah tangan menjadi lemah dan kekok.
* Perubahan pada gaya berjalan (berjalan terencot-encot), ataksia (terhuyung-hayang).
* Kesukaran untuk berjalan.
* Keletihan dan terasa lemah badan.
* Peningkatan berat badan.
* Perubahan pada endokrin.


Orang dewasa yang menghidap tumor otak akan menunjukkan beberapa gejala seperti berikut:

* Kerap diserang sakit kepala, loya atau muntah.
* Epilepsi (sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri).
* Gangguan percakapan.
* Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.
* Hilang ingatan ke atas hal-hal yang terbaru dan kemorosotan proses mental.
* Hilang penglihatan (terutamanya penglihatan periferi).
* Hilang daya imbangan terutamanya jika ia dikaitkan dengan sakit kepala, kelemahan atau kekebasan sebelah badan.
* Gangguan ingatan atau perubahan personaliti.


Bagaimanakah kita boleh mencegah dari berlakunya tumor otak ini?

Tidak ada sebarang garis panduan atau peraturan untuk mencegah tumor otak dari berlaku. Cuma kita perlu mengawasi gejala-gejala yang timbul yang mungkin menandakan wujudnya tumor di dalam otak. Jika ini berlaku bertindaklah segera dengan berjumpa doktor dan dapatkan pemeriksaan yang diperlukan.

30 PERKARA PEREMPUAN TAK SEMPAT BAGITAU LELAKI

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.  

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan. 

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!! 

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.  

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. 

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 

 22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. 

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 

 27. Senjata wanita adalah airmata!! 

 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya  (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan  ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... 

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

LaGu BaRu (BM)

Nyanyian...

bulat kecil, bulat kecil,
bulatlah besar..
sayang mama, sayang papa,
sayang semua...
enam kali, enam kali,
tiga puluh enam..
enam lagi, enam lagi, 
anak beruang...  


Lukisan...

mata kanan, mata kiri,
buat kepala..
telinga kanan, telinga kiri, 
buat senyuman...
tangan kanan, tangan kiri, 
tiga puluh enam,
kaki kanan, kaki kiri,
garisan bawah...













its all bout me: NilAi-NiLai PeRsAhabaTan..

its all bout me: NilAi-NiLai PeRsAhabaTan..: "All my frenz Persaudaraan yang sejati, menurut Rasulullah saw. adalah persaudaraan antara dua anak manusia yang diikat oleh tali dan rasa ..."

Sambungan Luahan...

nk continue citer luahan.
gambar tahun lepas
yg baju biru (pengawas) Form 4. (org yg aku minat).
yg baju hijau tu pelajar KAA (Kelas Aliran Agama). akk ni pandai. dpt 9A. 

yg beside baju merah  tu lah Form 5 (baju kuning)

dok tepi pegang piala tu.

yg tudung hitam tu la

ha... ni la gmbr diowang. cian akak Form 5 ni. sampai nanges2 die. dgn penyakit die lg. tahun ni SPM. akk Form 4 tu dah lepas PMR (8A 1B-english). sedih tgk. nk nanges rasenye. x nk citer nape ngan Form 5 tu. nnt sedih. cukup sampai di sini.