Followers

SALAHKAH REMAJA SEKOLAH BERCINTA?

Assalamualaikum.
Salam Maghrib.
haaa... dah baca tajuk?? 
Sebenarnya, tajuk tersebut merupakan tajuk persembahan saya di perhimpunan pada hari isnin, 20.1.2014 nanti. haaaa~ Guru Bahasa Melayu saya, Pn. Habibah binti Akop yang suruh saya persembahkan pengucapan umum ini. 
Bagaimana saya boleh terpilih untuk persembahkan tajuk tersebut?
Begini.. sewaktu saya dan rakan saya, Aina on the way ke koperasi sekolah, tiba-tiba bertembung dengan Cikgu Habibah di depan Taman Al-Bukhary. Then, cikgu panggil nama saya dan ajak saya duduk di bangku kat taman tu. Of course la I terkejut kan.. Tiba-tiba je.. Rupa-rupanya, cikgu nak beritahu saya tentang persembahan tu. Cikgu habak, nak kembangkan bakat saya. ohh~~ guru yang memahami.. hihi..
eh! dah la intronye ek.. ok.. teks yang perlu saya hafal ada di bawah.. ini pun telah diringkaskan.  insya-Allah.. semoga saya dapat memberikan persembahan yang tip-top! ahad malam cikgu nak dengar saya berlatih.. aduhh~ doakan saya ye ;)



                Profesor Hamka pernah berkata, “Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghina diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan kudrat tetapi membangkitkan semangat”.

                Berbicara tentang cinta, tentunya tidak lepas daripada perbincangan tentang cinta monyet yang banyak melanda remaja sekolah pada masa ini. Persoalan timbul, salah besarkah pelajar sekolah jika membiarkan diri mereka dilamun cinta? Kebanyakan mereka akan cuba meyakinkan diri sendiri atau pihak lain, bahawa cinta tidak akan sama sekali mengganggu  pelajaran mereka. Malah, mereka megah menyatakan bahawa kehadiran orang tersayang membawa mereka kepada kehidupan yang lebih bererti dan lebih berazam untuk belajar. Tidak kurang yang yakin sungguh bahawa mereka dapat mengawal diri daripada terjerumus ke kancah maksiat.


                Persoalan menarik ini boleh dikupas daripada beberapa aspek. Pertama, memahami hakikat bahawa cinta adalah sebahagian daripada fitrah insan yang dianugerahkan oleh Allah. Malah, orang yang benci akan cinta boleh dianggap sebagai tidak normal. Dari sudut psikologi pula, cinta dilihat dapat menyatukan dua individu berlainan jantina dan latar belakang yang berbeza. Apa tidaknya, cinta menjadi pengalaman yang mengasyikkan, mengkhayalkan dan menyeronokkan. Sewaktu dalam percintaan, minda terbayang hanya yang terbaik sahaja tentang kekasihnya. Pasangan dilihat dapat memenuhi segala hasrat dan impian diri, lantas bangkit perasaan untuk sentiasa berdamping dengan si kekasih. Maka ramailah remaja, termasuk pelajar sekolah yang seawal tingkatan satu lagi sudah berjinak-jinak bermain cinta.

Cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia ialah cinta kepada Allah. Cinta sejati ini mendorong manusia mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah. Kemanisan iman dikecapi melalui ketaatan kepada semua ajaran Rasulullah saw. Diriwayatkan daripada Anas r.a. katanya: nabi saw bersabda: “Tiga perkara, jika terdapat dalam diri seseorang, ia akan mendapat kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih dari segala-galanya, orang yang mencintai seseorang lain hanya kerana Allah, dan orang yang tidak suka kembali kepada kekafiran setalah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran, sebagaimana dia benci dimasukkan ke dalam api neraka.”



                Cinta kepada Allah dan Rasul tidak menghalang seseorang untuk mencintai sesama manusia, tetapi cinta itu mestilah dipelihara agar tidak melanggar nilai-nilai agama. Mencintai seseorang manusia bukan berlandaskan nafsu, rupa paras, darjat dan harta. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud, “ Cinta kamu terhadap sesuatu menyebabkan kamu buta dan tuli” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud). Kenapa cinta menjadikan manusia buta dan tuli? Cinta tidak pernah buta, tapi orang yang bercinta itu yang buta kerana tidak tahu mengurus perasaan cintanya. 

               Mengapa terlalu mudah sangat remaja sekolah jatuh cinta pada seseorang? Perasaan itu datang pada bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya dengan orang yang mereka kenal. Biasanya, perasaan cinta itu muncul daripada pandang pertama. Inilah yang biasanya berlaku dan yang dipandang adalah wajah seseorang, bukan keperibadiannya. Ada pula cinta yang bermula daripada persahabatan biasa, kemudian berubah menjadi cinta. Benarlah seperti kata sesetengah ahli psikologi, tidak akan ada persahabatan bagi individu berlainan jantina. Pada mulanya kawan biasa-biasa saja, sama-sama berbincang soal pelajaran, tetapi lama kelamaan berubah menjadi cinta. Adakah itu suatu nikmat atau suatu bala? Ahli psikologi ada menerangkan bahawa sejenis hormon akan dirembeskan oleh badan orang yang dilamun cinta. Malangnya hormon ini menyebabkan orang itu menjadi bodoh. Lalu tidak peliklah andai kita mendengar atau terbaca kisah-kisah seperti: utamakan cinta lebih dari segala-galanya, bunuh diri kerana cinta, jual harta benda dan maruah diri kerana cinta, menipu keluarga, guru dan berhabisan wang ringgit demi cinta dan banyak lagi. Yang peliknya, orang bodoh itu tidak sedikitpun merasa apa-apa, semuanya menjadi indah, hanya kerana aku sudah jatuh cinta!

Akhirnya, wahai remaja yakinilah kepada janji Allah: lelaki yang beriman adalah untuk perempuan yang beriman, begitulah sebaliknya. Berjihadlah meningkatkan iman dan taqwa anda. Jadilah remaja yang soleh, kelak Allah akan menganugerahkan ‘seseorang’ yang terbaik untuk anda pada masa yang lebih sesuai. Sebarkan cinta anda meluas kepada semua orang di sekeliling anda, cinta kepada ibu bapa, keluarga, masyarakat dan Negara anda, sebagaimana yang disarankan oleh seorang pakar motivasi tempatan Dr HM Tuah Iskandar AlHaj : “2 tips untuk bercinta dalam istilah yang bijaksana ialah; pertama, tatkala telah jatuh cinta, cepat-cepat letakkan dia pada kedudukan yang ke lima selepas cinta kepada Allah, kepada nabi, kepada ibu bapa dan kepada ilmu. Kedua, dapatkan ilmu bercinta dari buku motivasi berteraskan agama, bukan dengan terlalu banyak mendengar lagu jiwa dan menonton filem cinta”. Selain itu remaja, pertahankanlah jati diri dan maruah anda, anda tidak mudah goyah oleh gula-gula cinta. Amalkan sahaja sikap just a friend dan tidak lebih dari itu. Bergaullah dengan ramai orang untuk mencari ilmu, pengalaman dan kemahiran sosial kerana bertumpu hanya pada ‘seorang’ sebenarnya menyempitkan ruang pemikiran dan kematangan anda.            

Sekian.. Terima kasih sudi melawat blog saya.. Teks ini cikgu dapat dari SMK Bandar Maharani. Kalian juga boleh membaca full text. Ketemu lagi ya.. Daaaa~

Jyeah PANTUN!

HOHOHO!
Hi readers!
Assalamualaikum..
dah bace title tu an? goOooOoOoooOoooooD!!!

Pantun ni spontan taw! saje2 je ye.. sekadar mengurangkan rasa bosan.. heeeeeeee~~~
Actually, tak rancang pon nak berbalas-balas pantun ni..

Pada mulenye,, I saje nk kacau akk2 f5... kalau tak silap,, lokasinya di surau sekolah.. kalau tak silap lah.. tapi yang pasti kat surau.. kalau tak silap lagi,, mase tu I duduk depan kak Arissa kot.. dengan die and her gang la I hantar pantun I tu.. tak sangke pule,, ade yg sudi membalas.. awwwww!!! ok , stop!
insan yang rajin layan pantun I tu ialah kak Syaza Farhanah binti Osman.. 5 Ibnu Sina.. wahh!! bangge classmate.. wek!

normal la kan, kalau kita dah start buat sesuatu tu,, kita akan ketagih.. erk??? x dijangka! kami berterusan main balas2 pantun ni from 4 to 6 of Jan 2013.. WOW! teruja sebentar~ ok, stop it!
pantun ni semue asalnya kami main atas kertas biase je.. bile I bace balik dari awal hingga akhir,, macam menarik lah pulok! so,, I tulis balik pantun2 tu semue dalam buku nota I..

haaaaaaaaaaaaa~ nak tau bagaimana pantun spontan kami?
cam biase la ye.. just click gambar2 di bawah untuk mengetahui ape isinya.. ;)
sblom bace pantun kami,, bace ni dulu!

waktu kls fardhu ain. da lame da.. 
ok.. intro je tu.. haha.. intro ape ke bende cenggitu ek? ok, xpe.. abaikn.. troskan membaca pantun spontan daripada kami! ;)
the beginning~ sebenarnya kan,, nama2 yang kami mention dalam pantun tu,,, errmm.. x pe la.. rahsia.. kehkehkeh~


next~

the end~



ok.. selesai suda.. 
eh TUNGGU! ade lagi.. 
kali ni di facebook pule (Isnin, 12.08.2013)
straight to the point~ erk! 



yeah! FINALLY!
I AM THE WINNER!!!!!!!!!!!!!
Alhamdulillah..
ok, guys.. thanks sudi baca entry I...
Good Night~

Last Day

toing! toing! toing!
melompat-lompat kegembiraan..
hehe...



Hi, guys!
Assalamualaikum..
This time,, I nak cerita pasal last day.. apakah? ha~ troskan membaca yee..

Intro:
My frens and I dapat guru baru.. untuk subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK).
Nama cikgu tu Mimi Suhaila binti Sufriadi. We call her Cikgu Mimi. Her fb: Mimi Suhaila. Tapi sekejap je cikgu ni ajar kami... I kelas 4Alfa.. tp waktu pjk, gabung ngan kelas 4Beta.. Cikgu Mimi ajar kami 10.6.2013-26.6.2013.. sebab,, Cikgu Mimi hanya guru ganti je.. Her contract with the school until 30.06.2013 haaaaa~ Walaupun sekejap je dengan die, kami semue happy.. coz she is a sporting person!

Eh, dahlah.. malas lak nak cite panjang-panjang...
Kita tengok gambar je kay.

Ini gambar masa kat bilik guru... lepak ngan cikgu ni abes 1 mase.. hehe.. actually,, tak rancang pon nak snap kat sini.. secara tiba-tiba je..
With my fren (hijau) Nour Syaza Eliana Abu Bakar
PEACE!

4 Beta

4 Alfa 
 Student kelas kami gemar bergambar.. tengok ni! ade lagi! haish! tapi I x gemar bergambar.. so,, gambar I sikit je..

 
ha! time ni ingat nak amek gambar ngan kawan 2 orang je.. tapi  diowang sume kacau.. haaaa.. last2, sume masuk.. hai~

Dari kiri: SyafiqahNia, Cikgu Mimi, Aina dan Nisa
okeng! tu je kot.. ngantok nih.. tak berdaya nak kenalkan seorang demi seorang.
Apa-apa pertanyaan, sila anjurkan soalan di komen atau chatbox atau di akaun facebook saya.
Oh ya, jika anda ingin melihat gambar lebih besar, hanya click di gambar tersebut. Tapi gambarnya tidak berapa jelas atas faktor-faktor tertentu.

Sekian, terima kasih.