Followers

Persaraan Cikgu dan Pembantu Makmal

Pagi semalam, bersamaan dengan 18 November 2011 (Jumaat) kami, warga SMK DATO' ABDUL RAHMAN YA'KUB telah meraikan persaraan seorang guru iaitu Cik Hjh. Esah binti Jaafar dan seorang pembantu makmal, Encik Ismail yang akan menamatkan perkhidamatannya pada 5 Disember 2011. Begitu juga dengan Pn. Nazilah binti Jantan, seorang guru dan warden di asrama puteri SMKDARY yang akan berpindah ke negeri kelahirannya, Batu Pahat, Johor.        
     Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Amin bin Khamis. Seterusnya, ucapan pengetua, Cikgu Nazilah, dan Cikgu Esah. Selepas itu, majlis disempurnakan dengan penyampaian cenderamata dan sumbangan kepada guru-guru dan kakitangan sekolah yang telah kematian ahli keluarga dan yang akan menamatkan perkhidmatan di SMKDARY pada tahun 2011.
     Selepas penyampaian cenderamata, majlis dihiburkan dengan persembahan-persembahan oleh pelajar-pelajar SMKDARY yang sungguh hebat. Persembahan pertama, SAJAK oleh seorang pelajar Tingkatan 5, Rabiatul Antashah binti Rosli dan seorang pelajar tingkatan 6 Atas, Amirah Syafiqah. Dengan latar muzik oleh Muhd. Syimir bin Joha (keyboard) dan Syafiq Asri bin Anuar(gitar). Kedua-duanya pelajar Tingkatan 5. Hebat kan? Walaupun mereka sedang menduduki SPM, tetapi, mereka sempat berlatih dan dapat melakukan dengan baik. Persembahan ke-2, DIKIR BARAT dari pelajar Tingkatan 2 Ali, my classmates. huhu.. Pasukan dikir barat ini dibimbing oleh beberapa orang guru iaitu, Cikgu Sharifah, Cikgu Maslina dan Cikgu Habibah. Persembahan terakhir, PUISI oleh seorang pelajar perempuan, Aini dan seorang pelajar lelaki, Munir dari Tingkatan 1 Ali. Puisi mereka ni best sikit. Siap menyanyi lagi.. hihi.. Ni je kot.. pastu, kitowang masuk kelas dan rehat. hehe..
     Then, kol 11.40 pagi, majlis send-off untuk Cikgu Esah. Maka, berakhirlah sudah majlis persaraan pada tahun ini. Tentu readers semua penat membaca kan? Sekarang, mari kita sama-sama menyaksikan video:
Before that, pause lagu kat blog ni...











No comments:

Post a Comment