Followers

Tips Ketika Di Timpa Masalah


Apabila Kita ditimpa musibah,kita nak buat apa erk? Maki hamun orang, mencaci, salahkan takdir atau melakukan perkara yang berada di batas agama? Perlukah semua ini dibuat.Ermmm…
Ada beberapa tips-tips yang berikut yang boleh diamalkan ketika ditimpa musibah:
1. Bertenang.
Kawal diri daripada mengucapkan kata-kata yang negatif atau mencarut. Yang penting, jangan cepat melatah.
2. Bersabar.
Sabar itu separuh daripada iman.Jika kita sabar dalam menghadapi musibah ini, secara tidak langsung kualiti iman kita bertambah. Hanya orang sabar akan mendapat rahmat dan kemenangan. Bahawasanya, itulah janji Tuhan yang Esa.
3. Berdoa Kepada Allah.
Rasulullah SAW mengajar kita mengucapkan Inna lillahi wa inna lillahi raji’un. Yang bermaksud sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-NYA kami Kembali. Kemudian, Berdoalah dengan doa ini. Ya Allah, berikanlah pahala kepada ku dan gantikanlah dengan yang lebih baik darinya (dari musibahku).
4.Berfikiran Positif.
Orang yang Berjaya sentiasa berfikiran positif walau apa jua keadaan yang mendatang. Tidak Kira benda tu negatif atau positif. Dia menganggap musibah itu sebagai cabaran untuk meneruskan hidup dan ujian daripada Allah.
5.Bermuhasabah Diri.
Apabila saat kita ditimpa musibah adalah menjadi medan masa untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Kelemahan itu, perlu dilihat daripada pelbagai aspek. Ini adalah bukan masanya untuk menyalahkan orang lain atau memaki hamun.
Jadikanlah sebagai sebahagian daripada amalan hidup dalam kehidupan seharian hidup kita.

2 comments: