Followers

PUISI

Daripada Khadijah buat Khadijah



Buatmu bonda agung
cinta pertama kekasih segala kekasih
bidadari syurga di langit dunia
lebih lembut dari sutera
lebih mulia daripada mutiara
lebih wangi daripada bunga
keindahan yang tiada tara
melebihi segala permata
engkau yang utama

Cemburu al-Humaira
bila namamu meniti di bibir al-Mustafa
sentiasa dan sentiasa
sejak dari mula
selepas kau ukir cinta
dengan tinta setia
dengan kalam hikmah penuh bijaksana
kau ukir segala duka
kau beri percaya
kau beri bahagia
kau beri harta
kau beri masa
keikhlasan yang tak terungkap kata

Al-Tahirah
wanita bangsawan berketurunan mulia
daripadamu lahir zuriat Baginda
al-Zahrah dan kakak-kakaknya
kepada al-Hassan dan al-Husain,
kau jadi nenda
kepada Muhammad kau jadi kekasihnya
kau didamba, kau dipuja
bagaikan cahaya dalam hatinya

Namun kau tetap bonda
bonda kami semua
bonda segala bonda
seindah nama yang memilikinya
untaian sebuah sirah
engkaulah Khadijah al-Kubra

yang meminjam namamu:
Khadijah Abd Latip
UKM, Bangi
(SOLUSI ISU No.28)

No comments:

Post a Comment